Friday 11 November 2011

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS 2011

Pada hari ini bersamaan 10 November 2011 merupakan hari yang telah ditetapkan untuk majlis 3 in 1. Majlis jamuan perpisahan ini dijalankan serentak oleh semua badan pengawas iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas SPBT dan Pengawas Pusat Sumber. Majlis dirasmikan oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKKW dimeriahkan lagi dengan kehadiran guru-guru penolong kanan.

Persiapan sebelum majlis.
 Antara juadah yang dihidangkan ialah..jeng..jeng...jeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnng!

Pulut kuning dan rendang Kak Pah yg besst! 5stars..

Ayam ni Pakcik dari Kentucky yg goreng..sian dia bangun kul 5 pagi goreng ayam..

Nasik Lemak Resepi tradisional saya masak menggunakan tangan Kak Pah..hehehhehe! sbb Kak Pah juga yang memasaknya..hehehhehe!

Agar-agar ni pun best..mcm agar-agar Mazu..sluurrp!! nyum2!

Kami minum air Pepsi..dan air paip besi sbb air mineral enggak ada..hihihihihi! nak bli sendri laa..org dh bg makan free pun banyak demand nya..

curry puff homemade pun bukan saya yang buat..saya tau makan je..hihihihihi!

Cenderahati untuk Pengawas PSS.

Sepakat Membawa Berkat..walaupun berlainan warna kulit, mereka tetap sehati sejiwa demi memastikan majlis berjalan lancar..

Sabar, k..tunggu Puan Rohaidah sekejap..senyyuuuuuummm!

Ketibaan Peneraju Utama SKKW.

Pengerusi majlis yang berwibawa dan mantttoooopppp! Ustaz Amir Mustapha.

Bacaan Doa...doa makan sekali tau...

Ucapan daripada wakil murid, adik Athirah.

Senyuman manis daripada Al-Fadhil Ustaz Amir Al-Farhan

Tahniah cikgu ucapkan kepada semua murid-murid yang berjaya menyandang jawatan yang penuh cabaran..

Antara Pengawas PSS yang hadir.

Puan Normi..Tunggak kejayaan PSS.

Antara guru yang hadir menyerikan majlis.


macam ada persembahan magic..

Sila, jemput makan jemput2 dr KFC..

Puan Normi Aw Nik gembira dengan kehadiran snack plate chicken wing..hehehehhe!

Memang beesst!

hehehehhehe! ni kami punya..anda hanya boleh melihatnya daripada jarak skrin di hadapan mata sahaja.. ngeeee.... ;)

Air tebu pun Kak Pah juga yang bawa..dia perah sendiri tau..tapi menggunakan mesin laa..hihihihi!

Kenangan 2011..saper yang ada tanduk tu? ngeeeee! hihihihi!
Puan Normi Yahya dan seluruh warga PSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga sekolah dan PIBG khususnya kerana memberikan kerjasama yang mantap dan jitu demi memastikan PSS cemerlang, murid gemilang..Semoga kerjasama yang diberikan akan berterusan sehingga ke akhirnya..TERIMA KASIH..

Pohon tidak rendang semata,
Cabangnya rata belikat sasa,
Walau tidak bertentang mata,
Renungan terpana mengikat rasa..

Jumpa lagi ..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here