Monday 12 March 2012

TERIMA KASIH, PIBG

Pada 25 Februari 2012, warga sekolah telah mengadakan Karnival PIBG. Sehubungan dengan itu, kami seluruh warga PSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG kerana telah menyumbangkan wang berjumlah RM3,000.00 untuk membiayai kos pembelian buku.  Manakala sumbangan para ibubapa secara peribadi seperti buku dan majalah lama juga telah kami terima.

Ini merupakan sebahagian daripada buku yang telah didermakan.

 Selain daripada itu, pihak PSS juga melahirkan rasa syukur tidak terhingga apabila PIBG telah meluluskan permohonan bagi menyediakan pembantu PSS bagi tahun 2012. Kami warga PSS mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan komitmen sepenuhnya oleh PIBG. Kami berbangga kerana PIBG memahami hasrat kami yang sentiasa berusaha untuk bersama-sama meningkatkan prestasi murid di sekolah ini.

TERIMA KASIH, PIBG..

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here