Sony Ericsson, Nokia dan Samsung adalah antara jenama terkenal dalam pembuatan telefon tangan atau lebih dikenali sebagai handphone. Sempena bulan Panatia Sains di SK Kota Warisan, mari kita kenali siapa antara orangnya yang berada disebalik idea penciptaan alat yang paling penting di abad ini.
Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922)
Beliau merupakan seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar 'Bapa orang-orang pekak'. Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan pembuatan. Manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam. Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasa Persatuan National Geographic. Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.
Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang teringin memudahkan
komunikasi dengan mewujudkan telefon”.
Mari kita lihat sedutan 'The Invention of the Telephone' ini.
Mungkinkah ada antara anak didik di SK Kota Warisan yang bakal menjadi pencipta
yang terkenal satu hari nanti? Siapa tahukan..
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..