Sunday 15 July 2012

Cerita Cik Buku: Burning Bread



Assalamualaikum dan selamat berhari minggu buat peminat setia blog PSS SK Kota Warisan.
Sudah hampir 2 minggu Cik Buku tidak bersiaran. Rindu rasanya nak berceloteh.

Mesti kalian tertanya-tanya - betul ke tajuk entri Cik Buku tu? :)
Sebenarnya Burning Bread adalah salah satu iklan promosi bagi program 'Oh My English!'.

Tentu ramai yang telah sedia maklum tentang program belajar Bahasa Inggeris terbitan Astro TViQ ini. Program yang berkonsepkan pendidikan dan hiburan ini begitu menyeronokkan.
Ianya membantu kita untuk memperbaiki pertuturan dan penggunaan Bahasa Inggeris yang kadang-kala terlepas pandang tentang perkara-perkara remeh dalam penggunaan seharian.

Berikut ialah informasi yang Cik Buku mahu kongsikan dengan kalian.. :)

Oh My English! mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan.

Episod-episod tersebut juga mengandungi tiga kapsul pendek yang menerangkan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul sama ada dari segi tatabahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat mahupun sebutan.

Sebagai tambahan, Astro juga telah bekerjasama dengan British Council dalam pembangunan kandungan pembelajaran Bahasa Inggeris, termasuk bahan-bahan dan kertas latih tubi lengkap,
yang boleh didapati di laman rasmi Oh My English!

Laman Web Oh My English!

Program itu juga akan dilengkapi pengalaman pembelajaran multimedia melalui internet, butang merah interaktif pada alat kawalan Astro, laman sosial, radio, siri bengkel di sekolah dan dalam bentuk cetakan,

Jadi, untuk mereka yang berminat boleh melayari www.ohmyenglish.com.my untuk mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain. Video-video terkini program itu juga boleh dilayari di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, kita juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris.

Macam-macam ada.. :)

*Oh My English! ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Rabu 9 malam dan Jumaat pukul 1.30 petang.

Bertuah murid-murid zaman sekarang kan! Semuanya dihujung jari..
Antara mahu dan tidak sahaja..

Let's Speak English! :)



*Sebarang pindaan waktu siaran adalah di bawah kuasa pihak Astro.

Jadual siaran terkini

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here