Saturday 28 April 2012

Cerita Cik Buku: Sorotan Sepanjang Minggu 1

Hai semua.. Sudah hampir seminggu Cik Buku tidak bersiaran. Apa khabar semuanya?
Harapan Cik Buku agar semuanya sihat dan gembira menikmati hujung minggu
bersama keluarga tersayang.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di sini walaupun tiada entri terbaru.
Sokongan dari kalian amat Cik Buku hargai. Jangan lupa untuk singgah lagi ya! :)

Untuk pengetahuan kalian, sepanjang minggu ini banyak perkara menarik yang berlaku.
Nak tahu? Jom kita lihat..

Taklimat Bulan Pusat Sumber
25 April 2012 / Rabu / 9.00 pagi hingga 10.05 pagi
Pusat Sumber SK Kota Warisan

Taklimat ini merupakan perjumpaan kedua bagi Warga PSS SK Kota Warisan bagi tahun ini.
Ianya dipengerusikan oleh Penyelaras Pusat Sumber iaitu Puan Normi Yahya.

Pelbagai perkara yang dibincangkan untuk menambahbaik
organisasi Pusat Sumber.


Majlis Pelancaran Program NILAM Peringkat Daerah &
Pesta Buku Sepang
26 & 27 April 2012
Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Pelajaran Daerah Sepang
dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ianya merupakan inisiatif Pejabat Pelajaran Daerah Sepang untuk
menarik minat murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah,
menggalakkan murid untuk membaca pelbagai bahan bacaan dan
untuk mewujudkan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat.

Pelbagai acara telah diatur sepanjang 4 hari ianya berlangsung. Antaranya ialah Jejak Maklumat,
Rakan Pembaca, Wacana Ilmu dan Kumpulan Bercerita Kelip-kelip Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jika kalian tidak berkesempatan untuk melihat program NILAM yang dianjurkan,
kalian boleh ke sana untuk Pesta Buku Sepang.
Pesta Buku Sepang dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.
Masih ada masa lagi untuk kalian ke sana kan? Ajaklah keluarga ke sana.
InsyaAllah, ianya memberi manfaat buat semua.

Nilamwati SK Kota Warisan.. comel-conmel orangnya.. :)

Pelbagai buku yang dijual. Ada diskaun.. :)

Murid dibahagikan kepada 16 kumpulan (dari A hingga P)

Antara orang penting program ini


Aktiviti 1: Jejak Maklumat
26 April 2012 (Khamis)

Stesyen 1: Lagu NILAM
Suara Cik Buku tidak keluar ketika menyanyikan lagu ini. Maklumlah key tinggi.
Murid-murid ini dapat menyanyikan lagu NILAM dengan baik sambil berlakon dan membuat gaya.
Memang terbaik.. :)

Stesyen 2: Kreativiti (Kolaj 1 Malaysia)

Bagi Stesyen 3 iaitu Pengetahuan (Kuiz) dan
Stesyen 4 iaitu Membaca dan Mengingat (Sinopsis Buku Cerita Rakyat),
Cik Buku tidak berkesempatan untuk melihatnya kerana Cik Buku dan Puan Normi Yahya
bertugas di Stesyen 1... Maaf ya..


Stesyen 5: Peta Minda berdasarkan Cerita Rakyat
Stesyen ini merupakan stesyen yang terakhir di lalui oleh kesemua 16 kumpulan yang menyertai
aktiviti Jejak Maklumat.
Pada mulanya, Cik Buku hanya singgah sahaja untuk melihat dan mengambil gambar.
Tetapi oleh kerana tertarik dengan kumpulan O, maka Cik Buku tanpa dijemput
terus menyertai mereka menyiapkan tugasan terakhir ini.


Peta minda yang menarik. Siap dengan rumpun buluh.. :)

Berbincang untuk menyiapkan peta minda

Kumpulan O - Kisah Puteri Saadong. Kisah yang menarik terutamanya
apabila mentor kumpulan ini bercerita dengan lebih lanjut kisah ini pada Cik Buku.
Anggota kumpulannya pun peramah.
Itulah sebabnya Cik Buku terpaut hati dengan kumpulan ini.


Seperti yang dijanjikan. Gambar mereka dipaparkan di blog ini.
Terima kasih kerana memberikan pengalaman yang menarik untuk Cik Buku.
Puteri Saadong telah menemukan kita.. :)


Bersambung..


1 comments:

Aida Ali said...

Paparan yang sangat menarik dan jelas. Tq

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here