Sunday 6 May 2012

Cerita Cik Buku: Sorotan Sepanjang Minggu 2

... Sambungan dari Cik Cerita Buku: Sorotan Sepanjang Minggu 1

Hari Kedua Program NILAM Peringkat Daerah Sepang
Aktiviti: Rakan Membaca

Rakan Membaca merupakan salah satu daripada perlaksanaan Program NILAM selain Tahap Jauhari. Hanya murid yang telah membaca melebihi 100 buah buku layak menjadi Rakan Membaca. Diperingkat ini, Rakan Membaca perlu menjalankan aktiviti pembacaan.

Daripada penerangan yang diberikan, dapat Cik Buku simpulkan bahawa Rakan Membaca ialah agen bagi mengajak kawan lain untuk membaca bersama. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di bawah Program Rakan Membaca. Antaranya ialah Bicara Buku, Meminjam Buku, Membaca Bersama, pidato, syarahan dan bercerita. Dengan cara ini, Rakan Membaca dapat mengumpul mata bagi melayakkan mereka memperolehi pingat dalam Pembacaan Tahap Jauhari.

Jadual Pembacaan Tahap Jauhari (Sekolah Rendah)

  • 90 - 179 buah buku - Pingat Gangsa
  • 180 - 269 buah buku - Pingat Perak
  • 270 - 359 buah buku - Pingat Emas
  • 360 dan ke atas - Pingat NILAM (Permata)

Jadual Pembacaan Tahap Jauhari (Sekolah Menengah)

  • 72 - 143 buah buku - Pingat Gangsa
  • 144 - 215 buah buku - Pingat Perak
  • 216 - 287 buah buku - Pingat Emas
  • 287 dan ke atas - Pingat NILAM (Permata)


Aktiviti Rakan Membaca dijalankan secara berkumpulan.


Aktiviti Bercerita
  • Murid mengeluarkan sebuah buku yang menarik dan pernah mereka baca.
  • Menerangkan sinopsis buku.
  • Cara penerangan perlu menarik supaya rakan lain teringin untuk mengetahui cerita selanjutnya dan meminjam buku tersebut.
  • Nama buku dan aktiviti penyampaian membaca direkodkan untuk pemarkahan.

Rekod pemarkahan
  • 1 Markah - 1 murid yang mengikuti aktiviti.
  • 2 Markah - 2 murid yang mengikuti aktiviti
  • 3 Markah - 3 murid yang mengikuti aktiviti
  • 4 Markah - 4 murid yang mengikuti aktiviti
  • 5 Markah - 5 murid dan ke atas yang mengikuti aktiviti.

Merekod pemarkahan untuk aktiviti pembacaan


Aktiviti Membaca Bersama
  • Murid menggunakan buku yang sesuai untuk aktiviti ini.
  • Setiap murid akan bergilir-gilir membaca buku yang sama (contohnya 1 muka surat seorang).
  • Nama buku dan aktiviti penyampaian membaca direkodkan untuk pemarkahan.

Aktiviti Bicara Buku

  • Murid memilih sebuah buku lain yang menarik dan pernah mereka baca.
  • Murid membaca sedikit sinopsis cerita.
  • Murid memberi bintang untuk buku tersebut.
  • Cara penerangan perlu menarik supaya rakan lain teringin untuk mengetahui cerita selanjutnya dan meminjam buku tersebut.
  • Nama buku dan aktiviti penyampaian membaca direkodkan untuk pemarkahan.

Aktiviti Meminjam Buku

  • Murid saling bertukar buku dengan rakan lain.
  • Murid perlu menawarkan buku mereka untuk dibaca dan dipinjam oleh rakan lain supaya mereka sama-sama dapat memperoleh manfaat.
  • Nama buku dan aktiviti penyampaian membaca direkodkan untuk pemarkahan.

Aktiviti Lakonan
  • Murid melakonkan watak yang terdapat dalam buku yang dibaca.
  • Ada murid yang bercerita dan ada yang berdailog.
  • Nama buku dan aktiviti penyampaian membaca direkodkan untuk pemarkahan.


Memang seronok berkongsi dalam memperolehi ilmu ini.
Kalau ada lagi program seperti ini, Cik Buku pun nak ikut serta nanti.. :)


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here