Monday 4 June 2012

Cerita Cik Buku: Perasmian Bulan Pusat Sumber 2012

Bulan Mei merupakan Bulan Pusat Sumber bagi SK Kota Warisan. Majlis perasmiannya telah diadakan pada 14hb Mei 2012 yang lalu. Jom kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini.


Pelakon-pelakon yang sangat komited dan menghiburkan.

Pencerita yang comel.

Majlis ini bermula dengan sketsa Sang Arnab dan Sang Singa
yang sedang berjalan-jalan di dalam hutan.
Ketika sedang berjalan-jalan, mereka terjumpa sebuah buku besar.



Datang pula Sang Zirafah dan Sang Itik
yang kebetulan sedang lalu di situ.

Mereka berempat membaca buku itu bersama-sama. 

Sedang mereka asyik membaca buku itu, kedengaran bunyi yang amat kuat.
Rupa-rupanya..

Seekor ulat beluncas yang besar sedang terbang ke arah mereka.

Sang Ulat membawa segulung watikah buat Puan Guru Besar.

Watikah tersebut disampaikan kepada Puan Rohaidah - Guru Besar SK Kota Warisan.


Puan Guru Besar membaca watikah dan menarik reben banting sebagai tanda perasmian
Bulan Pusat Sumber SK Kota Warisan 2012.


Sketsa yang sama pada perhimpunan sesi petang.


 Encik Rosli selaku Guru Penolong Kanan Sesi Petang merasmikan majlis perasmian.

Terima kasih daun keladi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak
untuk menjayakan majlis perasmian ini.

(Kredit kepada Puan Rohaidah, Puan Normi dan Puan Haryati
kerana menyumbangkan foto untuk entri ini.. Terima kasih)

2 comments:

SK Kota Warisan, Sepang Selangor said...

Kredit kepada Zana atas laporan dan gambar-gambar yang sangat ceria ini. Semoga anak-anak murid akan membiasakan amalan membaca sebagai hobi

Anonymous said...

Tkasih kepada Tuan/Puan yang meninggalkan komen ini.. :) InsyaAllah dan semoga Program NILAM yang diadakan selama ini dapat membantu usaha ke arah itu... :)

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here