Friday 18 May 2012

Edisi Khas: Magnet Guru Penyayang

Ramai yang tertanya-tanya apa perlunya program seperti ini dilaksanakan di sekolah?
Tidak cukupkah sikap keprihatinan guru terhadap anak-anak murid selama ini?

Jika kita teliti bersama, sikap manusia ada pasang dan surutnya.
Ada masanya kita alpa dengan kerusi empuk yang cukup selesa.
Ada masanya kita cukup sakit dengan lantai simen yang sejuk dan kasar.
Begitu juga dengan sikap kasih dan sayang.
Jika tidak dipupuk ianya juga akan hilang dari diri kita.

Kasih sayang adalah seperti magnet.
Kasih sayang yang banyak dalam diri kita akan menarik kasih sayang dalam diri orang lain.
Sekali kita menunjukkan perasaan itu, beribu kali ia akan ditunjukkan oleh orang lain.
Tidakkah ianya akan lebih menimbulkan rasa selesa apabila kita berada dalam ruang lingkup
yang penuh dengan kasih sayang?

Ayuh!
Jangan malu untuk menunjukkan perasaan itu.
Jangan malu untuk bersikap mesra dan mengambil berat.
Jangan malu untuk berbudi bahasa.
Jangan berhenti untuk prihatin dan sabar.

Kerana..
Ianya akan menarik rasa hormat-menghormati antara kita.
Saling ceria antara kita.
Saling sayang-menyayangi antara kita.

Disiplin bermasalah, sekolah akan punah.
Sahsiah baik, akademik akan naik.

Jom.. guru penyayang!! :)





Ya Allah, Ya Rabbi..
Semoga segala usaha kami diberkati.. Amin

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan cadangan yang membina. Sila datang lagi..

Labels

Pos Popular

get this widget here